salam ukhuwah,
cerita semalam. nak cerita jugak.tak peduli
apa menarik pasal semalam?
semalam,
saya sedar-sedar je, saya sudah berada di jambatan Batu Pahat
tak sempat call mak untuk ambil di bus stand
akibatnya, saya menunggu macam tunggul sorang-sorang about half hour
dalam keadaan mamai, gerun, dan takut
akhirnya, mak sampai.saya terus meluru masuk kereta.sambung tidur.
semalam,
saya mengalami temper tantrum.taklah melampau
modem streamyx di rumah buat hal. saya ketuk-ketuk kepala modem tu
akhirnya, secara tiba-tiba laju berdesup.
gian, sebab seharian tak online. sangat addicted bukan?
semalam,
saya ikut mak saya ber-grocery-shopping di Carrefour
dimana ia adalah aktivitas WEIRD saya
sebab saya jarang ikut mak saya ke Careefour
apatah lagi di pagi hari. jam 9 sudah terpacak di sana.
tiba-tiba saya terasa mahu ikut. sebab lepas ni dah balik Medan
kat Medan, kena pergi shoppping kat Carrefour sorang-sorang
sangatlah tak best. apatah lagi takleh nak grab barang sana sini sangat-sangat
semua kena bayar sendiri.kalau ada mak kan lain?
AHAHAHA
semalam,
saya balik rumah di Kluang
sayalah orang pertama siap sedia nak balik.
sebab saya takut saya serabut sangat. kemas itu ini kelam kabut
tetapi akhirnya, saya tertinggal barang juga.
saya tertinggal charger laptop saya. saya sangat mengamuk kat bilik sorang-sorang
pengajaran disini, baik kau tak yah kemas awal-awal.
kau memang serabutlah, aiza
semalam,
saya bodek mak saya.
"mak,mak, aiza nak beli laptop tau.tau.tau"
mak saya cakap, "laptop menda kau nak beli ni?"
saya pun cakap "alah, laptop biasa-biasa je.tapi canggih mak. boleh lipat-lipat pusing-pusing, boleh touch-touch skrin.ada corak bubble-bubble.kiut mak. boleh tak?"
mak saya pun reply, "boleh, tapi duit claim laptop pulang balik."
saya dah senyum lebar macam lembu. pastu kecut balik sebab mak cakap, return back the money
AHAHAHAHA
semalam,
saya tanya mak lagi
"bulah 12 ni kita tak nak pergi jalan-jalan ke? tension la kalau asyik pikir kerja ja"
mak saya pun jawab selamba " mak lagi pening kalau pikir nak pergi jalan ja"
saya buat muka "sekali sekala tengok perubahan negeri orang ke.negara orang ke"
mak saya pun cakap selamba lagi "mak jalan-jalan kluang-batupahat, mak nampak banyak sangat perubahan kat batupahat"
okey-okey, saya kalah. okeylah, bulah 12 kita bercuti kat batu pahat je!
gelak lagi. AHAHAHAHA
(kata Angah nak pi Boxing Day, UK.Pelease! Jangan omong kosong Angah!)
semalam,
saya cakap kat mak lagi. (memanglah kaki bodek mak)
"mak, aiza tiba-tiba nak tukar handphone la mak. dah dua tahun pakai hp ni"
mak pun jawab " apepasal nak bazir duit?"
saya jawab "kita kena maju kehadapan mak. senang sikit nak ber-facebooking ke, nak ym ke"
saya menambah lagi " alah, handphone 2 3 juta cukuplah. takyah mahal-mahal. janji baru"
(2 3 juta rupiah okeh = maximum RM1050)
mak saya tiba-tiba jawab "mak nak beli blackberry"
saya terkedu dan menjawab dalam hati "hadoi, dia nak beli lagi up rupanya.chehs"
ayah saya pula menambah, "haa, bak sini handphone kau tu. senang sikit abah ada dua phone"
saya jawab "eh, abah. mana la nak beli sekarang ni. nanti lah lepas raya"
abah pun berkata "ingatkan nak beli sekarang-sekarang ni"
dalam hati saya berkata "macam duit jatuh dari langit"
***saya nak sony ericsson nancy ajram Egypt limited edition.kahkahkah***
(hasutan dari si Aiman. bagus betul kau)
kalaulah saya kaya. mestilah saya mahu beli segalanya
kalau lah saya berduit, takdelah saya merungut tiada duit.
kalau lah saya kawen dengan datuk, tak payah saya study medicine
duduk lenggang kat rumah pun ada tittle "Datin"
tapikan, do really money can buy love and happiness?
oh tidak ya kawan-kawan
pengajaran disini, kita kejar cita-cita. nanti dah grab cita-cita, kerjalah sungguh-sungguh. buat duit. nanti pergilah shopping kah, pergilah berjalan kah. unlimited
tapi, ingat, rezeki pemberian Allah
ucapkanlah Alhamdulillah, bila berjaya mendapat, dan membeli sesuatu.
kan berkat cam tu?
beli-beli juga. ingat-ingat jugak ;)